nuffnang

Thursday, August 4, 2011

bawak baby comel

Assalamualaikum...~





dah sebulan tak update blog sebab sibuk sangat dengan praktikal. esok mengajar, malam ni tidur pukul 3 pagi for sure. phewww penat betul. cabaran-cabaran, tapi nak buat macam mana kan? kena terima la sebab aku yang pilih nk teruskan macam ni. jadi berusaha untuk kejayaan diri sendiri. walaupun banyak pahit dari manis untuk praktikal kali ni. sedih ja rasa. sabar~ ok sebenarnya nak cerita yang lain. tapi terbuat luahan perasaan pulak. huhu

btw, 2 minggu sebelum puasa, aku balik kampung aku iaitu Perlis ja pun.haha sebab aku duk Sungai Petani, dekat saja. sebelum sampai Perlis aku drop by Pendang untuk ambik anak buah aku yg comel tu. satu-satunya anak buah aku yang paling aku sayang. hari-hari duk rindu ja..wuwwuwuwu...
aku balik hari khamis terus p ambik dia. sebelum khamis tu, aku n abg g cari car seat...penat ohh! susah betul nak cari. finally jumpa jgk...nasib baik :)

dia duk dengan tok belah mama dia. kesian sangat dengan budak ni sebab kecik-kecik (baru 6 bulan) dah kena tinggal sebab ma dia g kursus 6 bulan sampai bulan 12 nanti. :'(
papa dia pulak which is abg aku, masih keja di Sibu, Sarawak..huhu
anak buah aku nama Ahmad Durrah..comel jgk nama dia..hehe

ok, dah masuk tol Pendang terus serbu rumah, tak pandang kiri kanan dah. sampai-sampai ja bagi salam dan terus jumpa my baby yang comel tu... alolololo acu rindu sgt.. mata dia berair je..macam baru pas nangis...huhu..mainmain dengan dia kejap bagi dia selesa dengan aku then pack baju n barang dia terus masuk dalam kereta.. aku dukung dia n try letak dalam car seat. keajaiban telah berlaku. dah la aku sorang. aku risau gila kalau-kalau dia tamau duk dalam seat tu..tp dia duk diam ja..bagi mainan dia seronok duk main dengan mainan tu ja...sepanjang perjalanan aku sembang-sembang la dgn dia. mungkin dia boring dengar aku ckp. trus dia tidur. haaaa nasib baik.. smpai tol Alor Setar, dia jaga. nasib xnangis. tengok aku ada dia senyumn gelak2 ja tgk aku...nasib baik lg. aku teruskan perjalanan. just sekali ja berenti sebab diabuat perangai. aku bg dia main stereng kjp. pastu letak balik then terus bwk keta laju2. tgk2 dia tertidur lagi. lega2 ..smpai rumah ja pukul 7 dah...dia terjaga.

smpai-sampai ja, terus bawak masuk rumah bagi jumpa mak tok. mak tok suka cucu dia datang. tp malam tu dia nangis dekat sejam..wuwuwuwuw...kesian btl. pujuk-pujuk bawak naik kereta. baru dia diam n tidur...sepanjang dia duk umah aku. dia demam.kesian nya. kena bawak p klinik. nasib dia suka makan ubat. haha..seronok ja dia bleh makan ubat. antar balik Pendang, tengok2 kena demam campak pulak. lagi kesian. minggu lepas aku xamik dia pun.p tengok n mainmain ja...huhu. tp tp tp acu rindu Durrah lagi. nanti kita jumpa lg k syg 






main sembur air liur sorangsorang


gelakgelak ngn acu. time nie tengah demam aku jaga dia :)


bagi nyotnyot ngn tepuktepuk montot terus tdo :))

kat klinik...
muka sedih sebab dmm.kena paksa lekat coolfever lg sedih muka..hehe



kat pendang..Durrah da sihat.. :D





 ♥  U






ok bubye~