nuffnang

Sunday, June 10, 2012

Baby Adam


Assalammualikum~


dah 2 bulan lebih aku dapat anak buah yang kedua. suka sangat dengan baby yang comel-comel ni. kali ni aku dapat anak buah lelaki lagi. ok dua-dua lelaki. memang hero la kan. nama dia Muhammad Adam Syakirin. trend nama sekarang semua panjang-panjang. aku sebagai bakal guru, memang xdapat nak hafal la nama anak murid sendiri nanti yang betul-betul panjang nya. 


nahh kongsi gambar dari Adam baru lahir sampai sekarang :P

newborn.











ok byee~

Monday, May 14, 2012

Good Luck!


Assalamualaikum~~







                                                                          *credit to google 






byeeeeee

Kanak-Kanak Prasekolah




Assalamualaikum..


selama 3 bulan aku jalani praktikum. bulan 2 hingga 4. banyak kenangan. walaupun kadang-kadang garang. tapi bila dengan kanak-kanak prasekolah. mereka sangat comel. sangat menghiburkan. cuma semasa pengajaran. sebagai cikgu kita kenalah serius dan fokus. nak bentuk kanak-kanak prasekolah kan. nanti tunjuk perangai budak-budak. tak berkembang la student tu nanti..



jamuan utk kami..masehhh


hari last praktikal...bg tgk kartun je :)



student+partner+cikgu pembimbing+pembantu+aku


terima kasih sebab terima kami kat sana. terima kasih bimbing kami. terima kasih buat gosip. terima kasih mcm2 lagi...









bubye~


Sunday, January 15, 2012

Buta

Assalamualaikum......




hai semua jumpa lagi kita..hehehehhe...apsal rajin hari ni...?




aku tak buta la..aku rabun je..pakai spek tebal-tebal. hehe aku xbuta dengan cinta. sebab tu BF aku hensem ja..haha tetiba pulak. apa kaitan buta dengan bf.. macam dekat-dekat je..ada kaitan la kut...tak-tak nehi-nehi.sebenarnya lagu FT yang baru nie tajuk buta.. kenapa buta ye. heran jap. korang dah dengar ke? aku belum lagi..heehe saje je nak tnya...tapi macam penah dengar sekali dalam kereta..xdapat meghayati lagi lagu tu..ok la..nah lirik die...


BUTA - Faizal Tahir


Mampukah dirimu bertahan begitu
Benarkah begini mahumu terus sembunyi
Untuk apa selama ini
Diriku yang selalu disini

Butakah kamu
Bukan tak pernah ku memberi kata, ku kan ada
Bukan tak pernah ku memberi rasa yang sempurna
Takkan lagi ada yang sepertiku
Kau kan sedar terlewat dan sesal

Mampukah jantungmu menahan semua
Sedarkah perit pun tak perlu biar ku hapus
Untuk apa diriku ini
Yang mampu kau terus punyai

Butakah kamu
Bukan tak pernah ku memberi kata, ku kan ada
Bukan tak pernah ku memberi rasa yang sempurna
Takkan lagi ada yang sepertiku
Kau kan sedar terlewat dan sesal

Luruh keringat bertahan
Hati jiwaku serahkan
Terabai tersisih jauh
Tuhan tolong buka mata hatinya

Buka mata aku didepanmu
Buta! Buka mata! Aku kan ada!

Bukan tak pernah ku membuat kau rasa sempurna
Bukan tak pernah ku memberi semua yang ku ada
Takkan lagi ada yang sepertiku
Kau kan sedar terlewat dan sesal
Ataupun ku yang buta



hah best!!! nak dgar lagu nie...g bukak kat link di bawah... :)


malas nak uplod...slow beb!!
enjoy la ye....




bubye~


Hello 2012

Assalamualaikum...~



hai.....dah masuk tengah bulan satu 2012..baru rasa nak update blog ni ha...kemalasan di situ..teheee~ xda apa kat sini cuma nak ucapkan tahniah kepada orang tersayang(cewah) sebab dah dapat posting. kat negeri selangor . dekat dengan rumah awak, tapi jauh dari saya.. sobs~ tapi Alhamdulilah sebab tak kena pergi sabah/sarawak kan? syukur-syukur. takut nanti aku pulak yang kena pergi. habis la... kalau kena pergi pun..aku anggap sebagai cabaran (ok. xkena lagi boleh la cakap macam ni kn?) tp dalam hati berdoa batch aku xkena pergi sana. amin!



2012 nie tahun akhir aku belajar..ok serius best! tak sabar nak habis. tapi sebelum habis tu..adoi banyak dugaan dan cabaran. masuk2 tempat belajar je 1st day class dah sampai 5 petang dan hari-hari macam tu. sabar-sabar. praktikal pulak menyusul. neves ok. rasa takut nak pergi sekolah. takut nak hadapi semua tu. takut akan dapat sekolah macam sebelum nie. seksa je rasa. harap-harap sekolah dgn cikgu pembimbing aku ok saja! supaya aku boleh rasa seronok dan tak rasa terbeban. Sebelum pergi praktikal, dah dapat asgmnt pulak. semua kena settle time praktikal. BANYAK KERJA FINAL YEAR!! 
praktikal+ RPH+ proposal+ asgmnt = @_@ wargghhhhh!!!!



2012 jugak banyak wish list...semua dalam kepala ja. berharap wishlist terbesar dapat dilaksanakan tahun di jugak. berharap sgt2 ok !! InsyaAllah :)






bubye~








p/s: xda entry bergambar sbb aku mls nak uplod.lambat cm siput! tp siput aku laju..bbhahahaha~

Thursday, August 4, 2011

bawak baby comel

Assalamualaikum...~





dah sebulan tak update blog sebab sibuk sangat dengan praktikal. esok mengajar, malam ni tidur pukul 3 pagi for sure. phewww penat betul. cabaran-cabaran, tapi nak buat macam mana kan? kena terima la sebab aku yang pilih nk teruskan macam ni. jadi berusaha untuk kejayaan diri sendiri. walaupun banyak pahit dari manis untuk praktikal kali ni. sedih ja rasa. sabar~ ok sebenarnya nak cerita yang lain. tapi terbuat luahan perasaan pulak. huhu

btw, 2 minggu sebelum puasa, aku balik kampung aku iaitu Perlis ja pun.haha sebab aku duk Sungai Petani, dekat saja. sebelum sampai Perlis aku drop by Pendang untuk ambik anak buah aku yg comel tu. satu-satunya anak buah aku yang paling aku sayang. hari-hari duk rindu ja..wuwwuwuwu...
aku balik hari khamis terus p ambik dia. sebelum khamis tu, aku n abg g cari car seat...penat ohh! susah betul nak cari. finally jumpa jgk...nasib baik :)

dia duk dengan tok belah mama dia. kesian sangat dengan budak ni sebab kecik-kecik (baru 6 bulan) dah kena tinggal sebab ma dia g kursus 6 bulan sampai bulan 12 nanti. :'(
papa dia pulak which is abg aku, masih keja di Sibu, Sarawak..huhu
anak buah aku nama Ahmad Durrah..comel jgk nama dia..hehe

ok, dah masuk tol Pendang terus serbu rumah, tak pandang kiri kanan dah. sampai-sampai ja bagi salam dan terus jumpa my baby yang comel tu... alolololo acu rindu sgt.. mata dia berair je..macam baru pas nangis...huhu..mainmain dengan dia kejap bagi dia selesa dengan aku then pack baju n barang dia terus masuk dalam kereta.. aku dukung dia n try letak dalam car seat. keajaiban telah berlaku. dah la aku sorang. aku risau gila kalau-kalau dia tamau duk dalam seat tu..tp dia duk diam ja..bagi mainan dia seronok duk main dengan mainan tu ja...sepanjang perjalanan aku sembang-sembang la dgn dia. mungkin dia boring dengar aku ckp. trus dia tidur. haaaa nasib baik.. smpai tol Alor Setar, dia jaga. nasib xnangis. tengok aku ada dia senyumn gelak2 ja tgk aku...nasib baik lg. aku teruskan perjalanan. just sekali ja berenti sebab diabuat perangai. aku bg dia main stereng kjp. pastu letak balik then terus bwk keta laju2. tgk2 dia tertidur lagi. lega2 ..smpai rumah ja pukul 7 dah...dia terjaga.

smpai-sampai ja, terus bawak masuk rumah bagi jumpa mak tok. mak tok suka cucu dia datang. tp malam tu dia nangis dekat sejam..wuwuwuwuw...kesian btl. pujuk-pujuk bawak naik kereta. baru dia diam n tidur...sepanjang dia duk umah aku. dia demam.kesian nya. kena bawak p klinik. nasib dia suka makan ubat. haha..seronok ja dia bleh makan ubat. antar balik Pendang, tengok2 kena demam campak pulak. lagi kesian. minggu lepas aku xamik dia pun.p tengok n mainmain ja...huhu. tp tp tp acu rindu Durrah lagi. nanti kita jumpa lg k syg 






main sembur air liur sorangsorang


gelakgelak ngn acu. time nie tengah demam aku jaga dia :)


bagi nyotnyot ngn tepuktepuk montot terus tdo :))

kat klinik...
muka sedih sebab dmm.kena paksa lekat coolfever lg sedih muka..hehe



kat pendang..Durrah da sihat.. :D





 ♥  U






ok bubye~


Wednesday, June 8, 2011

Pokok


Assalamualaikum~





Pokok – Meet Uncle Hussain

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu kemana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur dikaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
La la la la la la la la la
La la la la la la la lalalalalaaaa
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok



ps: suka lagu nie,walaupun tak suka kat taja. opsss~  kita enjoyyyy :))